fbpx

Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim (kanan) berkenan berbual dengan Sultan Nazrin Shah sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-267 di Istana Negara, di sini hari ini.

Mesyuarat selama dua hari yang bermula hari ini, dipengerusikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin  Shah.

Menerusi gambar lensa Istana Negara yang dimuat naik di Facebook rasmi, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berangkat sama pada mesyuarat itu ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Selain itu, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut berangkat ke mesyuarat berkenaan.

Turut berangkat ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Semalam, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat MRR ke-267 di Istana Negara diiringi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI