fbpx

Kerajaan sedang pantau, siasat 20 lagi ajaran sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zulkifli . - Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memantau secara dekat, lapan lagi ajaran agama di seluruh negara termasuk membuat risikan dan siasatan ke atas 12 lagi ajaran yang berpotensi berlaku kesesatan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, kerajaan juga mengaktifkan semula Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (Japas).

“Bukan GISBH (GISB Holdings Sdn. Bhd.) saja diberi tumpuan, kita juga sedang memantau beberapa ajaran yang didapati berkemungkinan ada kesesatan.

“Ingin saya kongsikan kita sedang memantau secara dekat ada lapan ajaran yang di pantau di seluruh Malaysia dan ada 12 ajaran lagi kita buat risikan dan siasatan. Mohon doakan agar kita dapat memelihara dan menjaga akidah umat Islam di Malaysia,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr. Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) sama ada kerajaan bercadang mewujudkan undang-undang khusus bagi membendung gejala Al-Arqam daripada berterusan pada masa ada datang.

Terdahulu, Zulkifli berkata, sebanyak enam buah negeri telah membuat ketetapan hukum berkaitan GISBH dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-125 akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

Tambah beliau, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan akidah dan pegangan ahli GISBH melalui pembudayaan ilmu, pentarbiyahan dan juga program-program pengukuhan akidah.

Kata beliau, Tarekat Aurad Muhamadiyah masih diamalkan oleh pengikut kerana beberapa faktor antaranya pengamalan tarekat secara tersembunyi serta sukar dikesan.

“Pengaruh pemimpin Al-Arqam iaitu Ashaari Muhammad yang masih kuat di kalangan pengikut walaupun selepas fatwa dikeluarkan. Pengamal juga dilihat meyakini manfaat-manfaat dan kekuatan ekonomi yang mungkin diperoleh daripada amalan tersebut berdasarkan ajaran-ajaran di dalam kumpulan tersebut,” katanya.

Ujar beliau, langkah drastik kerajaan untuk menghapuskan tarekat itu adalah menerusi operasi secara bersepadu bersama agensi-agensi persekutuan dan agensi-agensi negeri dalam siri Ops Global. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI