fbpx

Ops Tiris 3.0 rampas 13.8 juta liter diesel bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13.8 juta liter diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai lebih RM31 juta dirampas menerusi Ops Tiris 3.0 dari Januari hingga 19 Oktober lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, rampasan itu hasil daripada 30,634 pemeriksaan dan sebanyak 1,561 kes yang dikesan melibatkan penyelewengan diesel.

“Setakat Januari hingga Oktober 2024, KPDN telah membuka sebanyak enam kertas siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Roy Angau Anak Gingkoi (GPS-Lubok Antu) berhubung langkah proaktif yang diambil KPDN bagi mengurangkan ketirisan dan penyeludupan bahan-bahan bersubsidi lain.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, bermula 20 Januari 2024, KPDN telah menempatkan pegawai penguat kuasa secara pentadbiran di lapan pintu masuk bagi membantu kawalan dan penguatkuasaan di kawasan sempadan.

Menurut beliau, KPDN juga melaksanakan pembatalan dan penggantungan lesen barang kawalan berjadual melibatkan penjualan diesel pada peringkat pengilang, pemborong dan peruncit.

Jelas beliau, pada tahun 2023, KPDN malah telah mengambil tindakan terhadap tiga buah syarikat kerana pelbagai kesalahan.

“Pada masa yang sama, penguatkuasaan dan pemantauan ketat Permit Barang Kawalan Berjadual adalah merupakan salah satu cara mengekang aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI