fbpx

Israel dakwa bunuh calon pemimpin Hezbollah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hashem Safieddine. - Getty Images

BEIRUT – Israel mengesahkan bahawa ia membunuh individu yang disebut-sebut bakal menggantikan pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah, dalam serangan udara pada tiga minggu lalu di selatan Beirut, lapor akhbar Arab News kelmarin. 

“Kami mengesahkan bahawa serangan kira-kira tiga minggu lalu telah membunuh Ketua Majlis Eksekutif Hezbollah, Hashem Safieddine dan Ketua Direktorat Perisikan Hezbollah, Ali Hussein Hazima bersama komander yang lain,” kata tentera Rejim Zionis dalam satu kenyataan.

Hezbollah bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan segera berhubung dakwaan itu setakat petang semalam.

Pada 8 Oktober lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, tenteranya membunuh Hashem tanpa menamakan beliau secara khusus.

“Israel menghapuskan beribu-ribu anggota pejuang Hezbollah termasuk Nasrallah (Hassan), penggantinya dan pengganti seterusnya,” katanya.

Menurut tentera Rejim Zionis, ia melancarkan serangan tepat berdasarkan maklumat risikan ke atas ibu pejabat perisikan utama Hezbollah di pinggir bandar selatan Beirut, Dahiyeh.

Kenyataan itu turut mendakwa lebih 25 pejuang Hezbollah berada di ibu pejabat tersebut semasa serangan dilancarkan. Ia termasuk Bilal Saib Aish, yang bertanggungjawab bagi pengumpulan risikan udara.

Hashem sebelum ini dilaporkan tidak dapat dihubungi sejak serangan Israel di Beirut beberapa minggu lalu, kata sumber Hezbollah peringkat tinggi pada masa itu.

Sumber yang rapat dengan Hezbollah memberitahu agensi berita AFP pada awal Oktober lalu bahawa Hashem ialah calon yang berkemungkinan besar dilantik untuk jawatan tertinggi kumpulan tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI