fbpx

Pelajar IPT tipu NGO dah pulangkan wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraini menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap seorang pelajar IPT yang didakwa menipunya di IPD Kubang Pasu di Jitra, kelmarin.

ALOR SETAR – Pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang didakwa memperdaya Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal, baru-baru ini didakwa sudah memulangkan wang sumbangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pelajar terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan susulan laporan dibuat NGO berkenaan.

“Pihak polis tidak membuka kertas siasatan dan wang itu pun sudah dipulangkan. Pelajar ini telah dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kata beliau, sebelum ini tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung penipuan didakwa dilakukan individu sama di daerah itu.

Terdahulu beliau berkata, pihaknya telah memanggil pelajar terbabit dan menyerahkan kepada pihak universiti untuk melakukan siasatan dalaman berhubung kes tersebut.

Kosmo! hari ini melaporkan taktik seorang pelajar IPT yang mengaut keuntungan dengan berpura-pura menjadi miskin untuk mendapatkan wang didakwa bagi tujuan bermain judi atas talian terbongkar selepas perbuatan itu dikesan sebuah NGO.

Pengerusi CSM, Zuraini membuat laporan polis selepas pelajar terbabit memperdayanya dengan bermodalkan cerita sedih, kononnya tidak dapat membayar yuran pengajian sebanyak RM5,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI