fbpx

Dewan Rakyat: KDN luluskan 17,452 permohonan warganegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 17,452 permohonan kewarganegaraan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat 1 Oktober lalu.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu melebihi sasaran sebanyak 17,000 permohonan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, kata beliau, setiap permohonan kewarganegaraan diproses secara telus, adil dan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Setiap permohonan kewarganegaraan memerlukan penelitian rapi berdasarkan peruntukan undang-undang.

“Proses ini perlu dijalankan dengan cermat bagi memastikan pemohon memenuhi semua syarat dan kriteria yang ditetapkan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ir. Shahelmey Yahya (BN-Putatan) mengenai langkah KDN untuk memastikan mereka yang mempunyai kad pengenalan merah dan mempunyai dokumen permohonan lengkap tidak menunggu lama dalam proses permohonan mereka.

Terdahulu, Saifuddin menerangkan, KDN berusaha untuk mengurangkan tempoh menunggu bagi mereka yang telah mengemukakan dokumen lengkap.

Menurut beliau, pertimbangan dibuat berdasarkan syarat dalam Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964.

Jelas beliau, perundangan berkaitan lain turut diambil kira seperti pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.

Kata beliau, penilaian setiap permohonan bergantung kepada dokumen sokongan dan fakta kes dikemukakan.

Beliau berkata, sebagai tambahan, KDN mengeluarkan Prosedur Pengendalian Standard Permohonan Kewarganegaraan secara naturalisasi.

“Ia di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan pada 30 September lalu yang akan memastikan proses permohonan dan tempoh masa pemprosesan selama setahun.

“SOP 19(1) ini akan berkuat kuasa bagi permohonan kewarganegaraan mulai 1 Januari 2025,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI