fbpx

‘Ya, memang benar saya mudah tukar kekasih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yazmin mengaku sudah putus cinta dengan atlet bola keranjang, Austin Veloso.

PETALING JAYA – Penyanyi Yazmin Aziz menepis dakwaan sedang menjalin hubungan cinta dengan teman lelaki baharu selepas putus dengan bekas kekasih iaitu atlet bola keranjang, Austin Veloso.

Kata Yazmin, 23, video memaparkan dirinya bermesra dengan seorang lelaki merupakan video lama yang kini tular semula.

Pemilik nama lengkap Yazmin Aldwin Abdul Aziz itu turut menolak tohmahan dirinya mudah bertukar kekasih baharu setelah hubungan sebelumnya gagal.

“Ya saya tahu siapa yang sudah melihat berita itu mesti kalian mengatakan saya sudah ada kekasih baharu lagi.

“Kalian akan kata Yazmin sudah ada kekasih baharu lagi? Yazmin sudah tukar kekasih? Senang betul dia tukar kekasih.

“Ya memang benar saya mudah tukar kekasih tetapi kalau saya mahu. Berita yang tular itu adalah berita lama,” katanya dalam aplikasi TikTok.

Mengulas lanjut, Yazmin turut mengesahkan hubungan dengan Austin Veloso sudah berakhir dan kini sedang menjalani kehidupan solo.

“Kami sudah lama berpisah. Saya tidak mempunyai kekasih, saya sekarang single.

“Inilah masalah dia apabila saya bercinta dengan kekasih baharu, khalayak mula bercakap saya sudah ada kekasih baru.

“Tetapi apabila saya putus, semua senyap. Kemudian apabila saya bercinta dengan teman lelaki baharu, orang mula bercakap saya ada kekasih baharu lagi,” katanya.

Februari tahun lalu, Yazmin mengakui bercinta dengan Veloso iaitu atlet bola keranjang Hong Kong, namun percintaan mereka putus dipercayai kerana hubungan jarak jauh.

Terdahulu, Yazmin turut pernah menjalin hubungan dengan pemain bola sepak pasukan The Red Worrior asal Brazil iaitu Nixon Guylherme. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI