fbpx

Salah guna kad fleet, beli diesel harga subsidi seludup ke Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga keping kad fleet SKDS yang dirampas selepas seorang lelaki ditahan di Jalan Kasban, Kampung Tualang dekat Tumpat, semalam. Foto IHSAN PGA

TUMPAT – Seorang pemandu lori dicekup selepas didapati menyalah guna kad fleet di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dengan membeli 80 liter minyak diesel pada harga subsidi untuk diseludup ke Thailand di Jalan Kasban, Kampung Tualang, di sini semalam.

Lelaki berusia 58 tahun itu diberkas kira-kira pukul 8 pagi semasa anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, lori jenis Isuzu itu ditahan selepas mendapati ia dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas lori itu mendapati kenderaan tersebut membawa sebanyak 80 liter diesel yang bernilai RM236 di dalam tangki yang sudah diubah suai.

“Selain itu, tiga keping kad fleet dan resit pembelian yang digunakan untuk membeli minyak diesel pada harga subsidi turut dirampas.

“Siasatan mendapati, suspek dipercayai bertindak sebagai penghantar sebelum minyak diesel tersebut diseludup ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dan barangan rampasan diserahkan kepada kompeni taktikal PGA Pengkalan Kubor di sini untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, PGA akan terus mempergiat usaha untuk mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di kawasan sempadan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI