fbpx

Penduduk gempar tiang misteri muncul di langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiang misteri yang muncul di langit di Ubon Ratchathani, Thailand. - Facebook

BANGKOK – Penduduk wilayah Ubon Ratchathani, Thailand digemparkan dengan penemuan tiang misteri di langit yang disifatkan menyerupai pokok kacang ajaib ‘Giant Beanstalk’ daripada kisah dongeng terkenal, lapor laman berita Must Share News semalam. 

Keliru dengan kejadian itu, sebilangan pengguna media sosial menyiarkan imej objek aneh tersebut di laman Facebook sehingga menjadi tular dan mencetuskan beberapa teori konspirasi. 

Gambar yang dimuat naik menunjukkan satu ‘tiang misteri’ berlatarbelakangkan awan pada waktu siang. 

“Langit sangat indah tetapi tiang itu muncul ketika saya sedang merakam gambar,” demikian menurut keterangan hantaran itu. 

Lebih menarik apabila ia didakwa tidak dapat dilihat dengan mata kasar sekali gus menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai objek berkenaan. 

Seorang profesor dari Universiti Chulalongkorn mencadangkan bahawa tiang itu mungkin merupakan jejak yang terbentuk apabila pesawat melalui awan.

Bagaimanapun, beliau mengakui fenomena sebegitu lazimnya dapat dilihat dengan mata kasar, menyebabkan punca sebenar tidak dapat dipastikan.

“Saya harap ia bukan satu muslihat atau kerosakan pada kamera,” tambah profesor tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI