fbpx

Suami isteri didakwa 60 pertuduhan salah guna wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hasni (depan) dan Siti Hajar (belakang dua dari kanan) didakwa dengan 60 pertuduhan di Mahkamah Majistret Buttetworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth di sini hari ini atas 60 pertuduhan melakukan salah guna wang pada Julai dan Ogos tahun lalu.

Tertuduh, Nor Hasni Edirin Hasan, 41, mengaku bersalah, manakala isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 36, mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Pegawai Pendaftar, Foon Char Peng.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama, dengan curang menyalahgunakan wang milik syarikat Mandy Corporation Sdn. Bhd. yang keseluruhannya berjumlah RM191,312.70.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di beberapa buah bank di daerah Seberang Perai Utara di antara 4 Julai hingga 11 Ogos 2020.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan hingga lima tahu, sebatan dan denda.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab. Aziz dan Asma’ ‘Amira Shahidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM360,000 iaitu RM3,000 bagi setiap pertuduhan setiap seorang.

Kes itu akan disebut semula pada 2 Februari depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI