fbpx

‘Chill Lah 4 Tahun’ bersama vivo V40 Lite 5G dengan ketahanan luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUTA Siri V40 Daiyan Trisha (kiri),bersama Pengarah Jualan vivo Malaysia, Jason Lee (dua dari kiri) dan Jeremy Lin (dua dari kanan) dan Content melancarkan vivo V40 Lite 5G.

KUALA LUMPUR – Vivo Malaysia melancarkan telefon pintar V40 Lite 5G yang telah lama dinantikan. 

Direka untuk rakyat Malaysia yang mementingkan ketahanan dan keandalan, vivo V40 Lite menepati slogannya, ‘Chill Lah 4 Tahun’. 

Dengan bateri yang dibina untuk kekal sihat sehingga empat tahun dan prestasi lancar yang bertahan sama lama, ia adalah teman yang sempurna untuk kehidupan seharian.

Dibina untuk menahan kegunaan kehidupan seharian, vivo V40 Lite 5G dilengkapi dengan 80W FlashCharge untuk pengecasan pantas dan bateri 5,000 mAh yang memastikan kesihatan bateri selama empat tahun. 

Sebagai pelengkap, vivo V40 Lite 5G juga direka untuk memberikan prestasi yang konsisten dan lancar sehingga empat tahun, menjamin pengalaman pengguna yang memuaskan.

Dengan penarafan IP64 untuk ketahanan terhadap habuk dan air, ia memastikan ketahanan yang optimum, manakala teknologi Wet-Hand Touch mengekalkan kepekaan sentuhan walaupun dalam keadaan tangan yang basah. 

PAKAR produk, Chasie membentangkan perincian penuh vivo V40 Lite 5G.

Selain itu, ciri penggalak memori vivo V40 Lite 5G mengoptimumkan penggunaan memori dengan pelanjutan RAM, penjimat RAM, dan penyimpan RAM. 

Pelanjutan RAM menyokong sehingga 12 GB RAM maya untuk multitasking yang lancar. 

Penjimat RAM menjimatkan sehingga 600 MB ruang memori, manakala penyimpan RAM  memastikan aplikasi yang kerap digunakan tetap aktif di latar belakang. 

Dengan pilihan storan yang luas dan storan yang boleh ditambah sehingga 2 TB, pengguna boleh menyimpan kandungan kegemaran mereka tanpa kebimbangan.

Dalam pada itu, vivo V40 Lite 5G hadir dengan sistem pencahayaan inovatif AI Aura Light, yang membawa penggambaran potret anda ke tahap baharu. 

Berbeza dengan lampu flash tradisional, AI Aura Light menghasilkan cahaya yang lebih lembut dan luas untuk menerangi subjek dengan rata, memberikan hasil yang berkualiti studio. 

Cahaya lembut ini membantu menyerlahkan tekstur kulit semula jadi dan menghasilkan penampilan yang lebih berseri. 

Vivo V40 Lite 5G juga direka untuk memberikan prestasi yang konsisten dan lancar sehingga empat tahun.

Dengan AI Aura Light, anda kini boleh menangkap potret yang menakjubkan yang kelihatan profesional dan kemas.

Sistem kamera vivo V40 Lite 5G didatangkan dengan kamera potret 32 MP, kamera ultra lebar 120 darjah 8 MP, kamera utama 50 MP, dan sistem AI Aura Light yang dipertingkatkan dari vivo. 

Kamera ultra lebar 120 darjah 8 MP memudahkan tangkapan pemandangan panorama dan foto berkumpulan.

Dilengkapi dengan paparan AMOLED FHD+ 6.67-inci, vivo V40 Lite menawarkan pengalaman visual yang menakjubkan. 

Dikuasakan oleh platform Snapdragon 4 Gen 2, peranti ini memberikan prestasi yang lancar dan penggunaan tenaga yang cekap. 

Paparan AMOLED 120 Hz, digabungkan dengan teknologi Dual Stereo Speaker dan Audio Booster, menyediakan pengalaman multimedia yang mendalam.

Selain itu, vivo V40 Lite 5G menampilkan kemasan titanium silver yang memikat dengan tekstur berlian bercahaya unik. 

Kamera Cushion-Cut Diamond, yang terdapat dalam semua pilihan warna dynamic black dan dreamy violet, menambah sentuhan keanggunan. 

Paparan AMOLED FHD+ 6.67-inci, rangka metalik berkilat tinggi, dan ketebalan 7.79 mm memberikan pegangan yang selesa dan bergaya.

Malah, vivo Malaysia juga  mengumumkan kerjasama dengan ELLE Active, jenama fesyen dan gaya hidup terkemuka. 

Pembantu Pengurus Jenama vivo Malaysia, Rodge Lai memaklumkan, pihaknya turut mengumumkan kolaborasi dengan jenama fesyen dan gaya hidup terkemuka iaitu ELLE Active.

Melalui kerjasama ini, vivo V40 Lite 5G melengkapkan komitmen ELLE Active terhadap ketahanan dan prestasi. 

Dengan reka bentuk yang anggun dan ciri-ciri hebat, termasuk ketahanan debu dan air IP64, vivo V40 Lite 5G menawarkan pengalaman lancar selama empat tahun dan kesihatan bateri yang kekal seperti baharu, menjadikannya pilihan sempurna untuk individu aktif yang mementingkan keandalan dan gaya.

Dengan kerjasama ini, vivo Malaysia dan ELLE Active menawarkan pelbagai hadiah menarik, seperti set beg sukan ELLE.

Pembeli boleh mendapatkan beg sukan ELLE yang bergaya dan praktikal dengan pembelian V40 Lite 5G.

Selain itu, pembeli juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun RM50 untuk pembelian dalam talian V40 Lite 5G di stor ECOM vivo. 

Terdapat juga baucar tunai 20 peratus untuk pembelian luar talian vivo V40 Lite 5G. 

Pra-tempahan untuk vivo V40 Lite 5G akan dibuka mulai sekarang hingga 25 Oktober 2024, dengan harga bermula daripada RM1,299. 

Tempah sekarang dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM955, termasuk empat tahun jaminan bateri vivo Care dan empat tahun perlindungan skrin serta penutup pelindung, tertakluk kepada terma dan syarat. 

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran istimewa ini! Sudah bersedia untuk ‘Chill Lah 4 Tahun’ bersama vivo V40 Lite 5G? Pra-tempah sekarang DI SINI

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Laman Web Rasmi, Facebook dan Instagram. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI