fbpx

Raffi Ahmad angkat sumpah sertai Kabinet Merah Putih Prabowo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raffi dilantik sebagaiPegawai Tugas-Tugas Khas Presiden Bidang Pembinaan Generasi Muda dan Pekerja Seni Kabinet Merah Putih pimpinan Presiden, Prabowo Subianto.

SELEPAS Giring Nidji, kini giliran Raffi Ahmad pula dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Presiden Bidang Pembinaan Generasi Muda dan Pekerja Seni Kabinet Merah Putih pimpinan Presiden, Prabowo Subianto hari ini.

Pelantikan tersebut disahkan sejurus pemilik nama penuh Raffi Farid Ahmad itu mengangkat sumpah di hadapan Prabowo di Istana Negara di Jakarta.

Sedia menjalankan tugas, Raffi berjanji akan membantu melancarkan segala perancangan dan arahan daripada Presiden bagi mencapai hasil yang baik untuk rakyat.

“Alhamdulillah urusan pelantikan berjalan dengan lancar dan saya siap bertugas untuk mengabdikan diri kepada bangsa serta negara.

“Tugas saya adalah menyelaras dan mempercepat segaka perancangan agar semua yang diarahkan Presiden untuk kedaulatan rakyat berlangsung engan lebih baik serta mencapai sasaran,” katanya.

Turut hadir menemaninya pada majlis angkat sumpah ialah isterinya yang juga pelakon, Nagita Slavina.

Difahamkan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Presiden melaksanakan tugas tertentu yang diberikan oleh Presiden mengikut kementerian yang ditetapkan.

Selain Raffi, selebriti lain yang turut dilantik hari ini adalah penyanyi dan pemuzik, Yovie Widianto sebagai Staf Khusus Presiden Bidang Ekonomi Kreatif.

Raffi merupakan antara selebriti yang berpengaruh di Indonesia selain aktif dalam media sosial.

Dia dan Nagita juga merupakan pasangan artis Indonesia yang paling ramai pengikut dalam Instagram iaitu seramai 74.8 juta orang, manakala YouTubenya pula memiliki lebih 26 juta ‘subscriber’.

Semalam, bekas vokalis kumpulan Nidji, Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih pimpinan Prabowo.

Sementara itu, bekas juara dunia dan legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI