fbpx

Bertengkar dalam kedai emas sebelum bawa anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di TikTok.

SHAH ALAM – Ketidakpuasan hati seorang lelaki terhadap layanan di sebuah kedai emas dipercayai menjurus kepada insiden provokasi membawa anjing memasuki pekarangan Kompleks PKNS di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi pada Khamis lalu dengan insiden tersebut tular menerusi video berdurasi 25 saat di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan mendapati suspek berusia 52 tahun itu telah mengikat seekor anjing peliharaanya di luar bangunan kompleks beli-belah itu.

Katanya, suspek kemudiannya pergi ke sebuah kedai emas di dalam kompleks tersebut untuk membeli emas seberat satu kilogram.

“Berang akibat tidak dilayan, suspek telah memarahi pekerja kedai emas dengan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga berlaku kekecohan.

“Orang awam berada di kedai emas tersebut telah bertindak membantu mententeramkan suspek dan telah berlaku pergelutan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau memberitahu, pengawal keselamatan Kompleks PKNS telah meleraikan keadaan dan membawa suspek keluar dari bangunan.

Namun, kata beliau, suspek telah membuat provokasi dan cuba untuk membawa masuk anjing peliharaanya ke dalam bangunan.
tetapi gagal dan telah dihalang oleh pengawal keselamatan bertugas.

“Polis telah menerima tiga laporan pada hari kejadian yang dibuat oleh suspek dan saksi-saksi di tempat kejadian.

“Laporan polis yang dibuat suspek di siasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Manakala, laporan daripada saksi kejadian dijalankan mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” jelasnya.

Justeru, Mohd. Iqbal berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha ditalian 014-5130450 dan Penolong Penyiasat, Sarjan Rustam Eliah ditalian 019-6148034.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tindakan seorang lelaki membawa anjing peliharaannya di Kompleks PKNS di sini mengundang kecaman pengguna media sosial yang menganggap perbuatan itu sebagai kurang ajar dan tidak menghormati orang lain.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI