fbpx

Dewan Rakyat: Lebih 4.3 juta kenderaan melalui 2 pintu sempadan Johor-Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Lebih 4.3 juta kenderaan dicatatkan memasuki Malaysia melalui dua pintu sempadan Johor-Singapura dengan caj jalan (RC) sebanyak RM87,944,580.00 dikutip sehingga September tahun ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, secara purata 16,107 kenderaan memasuki Malaysia dari Singapura, setiap hari.

“Setiap hari dianggarkan 89,818 perjalanan dilakukan pelbagai kenderaan yang merentasi sempadan Johor-Singapura melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) Bangunan Sultan Ismail (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), bagi tempoh sama.

“Purata harian jumlah perjalanan kenderaan adalah kereta (31,194), motosikal (53,000) , komersial bas (3,531) dan komersial lori (2,093),” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketia menjawab pertanyaan Tan Hong Pin (PH- Bakri) berhubung jumlah kenderaan yang merentas sempadan Johor-Singapura secara purata setiap hari mengikut pecahan jenis kenderaan dan antara jumlah itu, berapa jumlah kenderaan Singapura dan hasil kutipan RC dipungut.

Tambahnya, jumlah kutipan RC sepanjang 2023 adalah lebib RM91 juta, dengan tahun ini Malaysia akan melihat peningkatan jumlah kenderaan daripada Singapura yang memasuki Johor.

“Sudah tentu jumlah kutipan RC akan melebihi RM100 juta, anggaran saya pada tahun ini.

“Keseluruhan hasil kerajaan dimasukkan ke dalam akaun hasil disatukan, namun begitu daripada jumlah ini setiap RM20 yang dikutip kerajaan Persekutuan, RM5 dikembalikan kepada kerajaan Johor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI