fbpx

Dua lelaki warga tempatan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Azly menunjukkan sebahagian daripada dadah yang dirampas.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga tempatan ditahan polis dipercayai melakukan sindiket penyeludupan dadah dengan pendapatan RM80,000 sebulan hasil jualan dadah.

Kedua-dua suspek ditahan di dua lokasi berasingan di sini, pada 4 dan 5 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek pertama ditahan di bahu jalan Kampung Batu Muda, di sini.

“Bertindak atas maklumat orang awam, pada pukul 5.40 petang, 4 Januari lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur menahan seorang lelaki berusia 49 tahun di bahu jalan Kampung Batu Muda, di sini.

“Hasil pemeriksaan dua buah kenderaan jenis Perodua Bezza dan Proton Saga, polis berjaya merampas dadah jenis ganja seberat 14,440 gram dan merampas wang tunai RM1,070,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tambahnya, hasil soal siasat polis ke atas suspek polis menjumpai dadah jenis ganja seberat 187,460 gram dalam sebuah kenderaan jenis Daihatsu.

Jelasnya lagi, hasil siasatan lanjut, pada 5 Januari lalu pukul 9.53 malam, polis menahan seorang lagi suspek lelaki dipercayai rakan subahatnya.

“Suspek berusia 36 tahun terbabit di tahan di kawasan Taman Desa Petaling, di sini.

“Hasil soal siasat ke atas suspek membawa pihak berkuasa ke sebuah kawasan tempat letak kereta sebuah residensi di Jalan Sungai Besi,” jelasnya.

Saiful Azly berkata, polis memeriksa sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan merampas dadah jenis ganja seberat 63,754 gram.

Jelasnya lagi, tiga buah kenderaan mewah kereta jenis Toyota Vellfire, Volkswagen Golf dan Perodua Aruz turut disita untuk siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM1,168,320.

“Kedua-dua suspek direman masing-masing enam dan tujuh hari bermula 5 hingga 12 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI