fbpx

‘Apabila gen Z jadi ibu bapa’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu menggendong anaknya di sebuah konsert di Indonesia. - TikTok @ryanwinalda

JAKARTA –  Perbuatan seorang lelaki bersahaja membawa bayi yang baru dilahirkan menonton sebuah konsert di Indonesia mengundang kecaman pengguna media sosial, lapor saluran berita Abata News semalam. 

Rakaman kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @arena.fakta menunjukkan suami yang masih muda itu menggendong bayinya sambil menikmati lagu dinyanyikan oleh seorang artis. 

Lebih mengejutkan apabila bayi itu berjemur di bawah panas matahari tanpa sebarang perlindungan seperti topi dan kipas. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 936,300 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen. 

“Bapa apa macam ini!” marah seorang netizen. 

“Apabila gen Z jadi ibu bapa,” sindir netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI