fbpx

Aang ke tu? Pelajar potong rambut gaya Avatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pelajar yang dipanggil ke bilik kaunseling kerana menggayakan rambut mirip watak utama dalam filem Avatar. - Instagram

JAKARTA – Perbuatan seorang pelajar di Pelaihari, wilayah Kalimantan Selatan yang membuat gaya rambut seperti watak utama dalam filem Avatar, Aang mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Abata News semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @magelang_raya  memaparkan detik pelajar lelaki itu dipanggil ke bilik kaunseling oleh seorang guru. 

Dia dilihat menggayakan rambut mirip Aang, iaitu botak di bahagian tepi, selain meninggalkan ‘anak panah’ di tengah kepala.  

Rakaman itu mencatatkan lebih 182,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Definisi sebenar pelajar yang kreatif,” komen seorang netizen. 

“Avatar pun mahu menuntut ilmu,” komen netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI