fbpx

‘Kalau bangunan tak selamat, tulis situ tak selamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau keadaan rumah kedai yang musnah dalam kejadian kebakaran di Kuantan.

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri membentuk satu dasar baharu berkaitan bangunan lama di negeri ini.

Baginda turut menitahkan kesemua bangunan yang lama dan usang di negeri ini dipantau agar kejadian kebakaran yang berlaku di Kuantan membabitkan kedai permaidani baru-baru ini tidak berulang.

“Saya nak mengingatkan pihak pentadbiran supaya tengok semula semua bangunan yang sudah lama dan usang. Mungkin juga perlu buat satu dasar yang baharu berkaitan dengan bangunan lama ini.

“Perlu juga beri nasihat profesional yang tak boleh diabaikan dan tidak bertindak sambil lewa sahaja. ‘Be firm about it’ (bertegas tentangnya).

“Kalau bangunan tak selamat, tulis situ tak selamat. Sebab ada risiko yang tinggi kepada orang yang datang, yang tinggal di situ dan orang yang bekerja di situ,” titah baginda ketika berkenan berkunjung ke lokasi kebakaran di bandar Kuantan di sini hari ini.

Baginda turut berkenan memberi kurniaan kepada pemilik premis perniagaan, Datuk Hathar Oli Mohamed Ali.

Semalam Kosmo! melaporkan tiga unit ledai kayu Chengal berusia 34 tahun musnah dalam kejadian kebakaran kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI