fbpx

Anwar jumpa ‘backbenchers’, atlet negara di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu dengan atlet negara yang memenangi pingat di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris di bangunan Parlimen hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Kepimpinan Kelab Penyokong Kerajaan (Backbenchers Club) di bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Perdana Menteri, beliau mengambil maklum pelbagai isu penting yang diutarakan di sepanjang pertemuan berkenaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, antara dibangkitkan isu pendidikan, kebajikan, pusat khidmat Ahli Parlimen serta penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

“Kami turut berbincang dan bertukar pandangan terkait keperluan mewujudkan satu sinergi dinamik antara kementerian dan agensi bersama Ahli Parlimen kerajaan.

“Jalinan kerjasama ini amat penting memandangkan Ahli Parlimen punyai tanggungjawab untuk mendalami setiap perkara dasar, inisiatif serta bantuan yang diusahakan oleh Kerajaan Madani supaya maklumat ini dapat disampaikan ke setiap pelusuk masyarakat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut meluangkan masa berjumpa dan meraikan kehadiran lapan atlet negara yang memenangi pingat di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris di Parlimen hari ini.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Perdana Menteri kagum dengan tekad dan semangat yang telah ditunjukkan oleh semua atlet berkenaan serta menekankan kepentingan diversiti dalam mengukuhkan perpaduan.

“Mereka telah menyumbangkan secara keseluruhan dua pingat gangsa bagi Olimpik, manakala dua pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa bagi Paralimpik.

“Turut hadir Datuk Stuart Ramalingam dan Datuk Mirnawan Nawawi selaku Penyelaras dan ahli Jawatankuasa Road to Gold,” katanya di Facebook hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI