fbpx

Cadang PRU, tindakan tidak bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

PETALING JAYA – Tindakan segelintir pemimpin politik yang mendesak kerajaan mengadakan pilihan raya umum (PRU) dalam masa terdekat walaupun negara ketika ini dilanda masalah Covid-19, banjir besar serta kemerosotan ekonomi dianggap sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan berkenaan bukan hanya perbuatan tidak bertanggungjawab, malah memperlihatkan mereka hanya kemaruk kuasa dan tidak sensitif terhadap rakyat di peringkat akar umbi.

“Mendesak pilihan raya di saat rakyat dan negara berhempas pulas dengan Covid-19, banjir, ekonomi, jelas mencerminkan bukan saja tidak bertanggungjawab tapi memperagakan kemaruk kuasa dan tidak sensitif kepada derita rakyat. Itu bukan kehendak akar umbi,” ciap Annuar di laman Twitter miliknya hari ini.

Sementara itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menegaskan, beliau tetap bersedia menjadi jambatan penghubung bagi menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit dan pertikaian yang timbul antara UMNO dan parti-parti lain yang membentuk gabungan Muafakat Nasional (MN) dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Biarpun tidak lagi memegang jawatan Setiausaha Agung BN, Annuar berkata, beliau tidak akan berputus asa untuk merapatkan hubungan antara pihak bertelagah.

“Mereka mungkin tidak selesa dengan pendirian saya namun saya yakin ramai yang lama kelamaan akan mula memahami.

“Saya tidak akan berputus asa merapatkan antara yang bertelagah, menjadi jambatan antara dua jurang serta supaya pemimpin Melayu bersatu membela kepentingan rakyat,” katanya dalam hantaran Faceebok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI