fbpx

Penganjuran Sukan Komanwel Glasgow 2026 hambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACARA basikal trek masih kekal dalam 10 acara yang bakal dipertandingkan di Glasgow nanti. - AFP

LONDON – Sukan Komanwel 2026 yang sah dianjurkan di Glasgow pada 23 Julai hingga 2 Ogos 2026 tersebut akan menampilkan versi penganjuran berskala kecil apabila hanya menawarkan 10 jenis sukan.

Sebelum ini, masa depan Sukan Komanwel menjadi tidak menentu ekoran Victoria, Australia, yang asalnya dipilih sebagai tuan rumah membuat keputusan mengejut apabila menarik diri tahun lalu kerana tidak dapat menampung kos penganjuran yang meningkat.

Bagaimanapun, edisi 2026 dikatakan menjadi temasya sukan yang hambar apabila menampilkan 10 jenis sukan berbanding 19 sukan yang dipertandingkan pada Sukan Birmingham 2022 di England.

Antara acara sukan yang digugurkan ialah badminton, hoki, basikal lebuhraya dan berbasikal bukit dan juga ragbi 7 sebelah.

Selain hoki, temasya sukan berskala kecil itu turut menggugurkan sukan bola tampar pantai, gimrama, skuasy, ping pong, triatlon dan gusti.

Antara sukan yang bakal dipertandingkan adalah olahraga (balapan dan padang), renang, gimnastik artistik, berbasikal trek, bola jaring, angkat berat, tinju, judo, boling padang serta bola keranjang 3×3.

Ketua eksekutif Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Katie Sadleir percaya model penganjuran yang lebih kecil ini akan membuka peluang kepada lebih banyak negara untuk menjadi tuan rumah pada masa akan datang.

“Sukan 2026 akan menjadi hubungan kepada Sukan Komanwel masa depan. Ini adalah langkah pertama mentakrifkan semula Sukan Komanwel sebagai model yang benar-benar kerjasama, fleksibel dan lestari yang mengurangkan kos, impak alam sekitar, serta meningkatkan impak sosial,” kata 

Menurut CGF, Sukan Glasgow 2026 dijangka membawa lebih £100 juta (RM604 juta) dalam pelaburan kepada bandar tersebut, serta menjana lebih £150 juta nilai ekonomi untuk rantau tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN