fbpx

Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan muzakarah pakar bagi meneliti secara terperinci mengenai hukum solat pemakaian telekung kebiasaan wanita Melayu di negara ini.

Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir berkata, pihaknya telah meminta Bahagian Fatwa mengadakan muzakarah itu dalam masa terdekat.

Katanya, jabatan itu menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dalam memberikan pandangan, cadangan dan maklum balas.

“Ia berkaitan artikel Taudhih Al-Hukmi bertajuk penjelasan hukum solat dengan pemakaian telekung kebiasaan wanita Melayu sebelum ini.

“Hasil daripada Muzakarah itu kelak akan dikongsikan kepada masyarakat terutama rakyat negeri ini,” katanya hari ini.

Jumaat lalu, Jabatan Mufti Selangor memuat naik hantaran info grafik mengenai hukum solat wanita tidak memakai pakaian menutup aurat di dalam telekung.

Berdasarkan huraian itu, hukum pakaian yang tidak menutup aurat di dalam tudung telekung adalah tidak sah.

Alasan hukum menyatakan aurat boleh kelihatan dari arah bawah tudung telekung dan bukan dari arah bawah pakaian (kain telekung) yang dimaksudkan oleh ulama.

Namun, huraian itu memaklumkan hukum solat sah jika pakaian di dalam telekung itu menutup aurat kerana aurat tidak kelihatan dari arah bawah tudung telekung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI