fbpx

Aiman, Zahirah timang anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto bayi pasangan Aiman dan Zahirah yang dikongsikan.

PETALING JAYA – Pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson selamat memimang cahaya mata lelaki sulung tiga hari lalu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Aiman, pelakon itu memaklumkan Zahirah melahirkan bayi lelaki pada 5 Januari lalu tepat pukul 2.26 petang waktu Australia.

“Ini merupakan hadiah paling bermakna yang pernah kami terima.

“Kami teruja, gembira dan bersyukur dengan segala pengalaman sepanjang berada di bilik bersalin hinggalah bergelar ibu bapa,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Pasangan tersebut mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sejak Oktober lalu sehingga Zahirah bersaalin.

Terdahulu, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI