fbpx

Lebih 20 sampel produk di pasaran didakwa ada plumbum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara produk yang didakwa mengandungi plumbun melebihi paras yang dibenarkan.

GEORGE TOWN – Lebih 20 daripada produk mainan, aksesori peribadi, kosmetik dan rempah ratus yang berada di pasaran didakwa mengandungi plumbum yang membahayakan kesihatan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf 20 hingga 26 Oktober 2024 sebagai Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa (ILPPW).

“Sempena dengan sambutan ini, CAP menghantar 40 sampel pelbagai produk dan rempah ke makmal bebas untuk menguji jumlah plumbum yang ada.

“Daripada 40 sampel yang dijalankan ke atas mainan, aksesori peribadi, kosmetik dan rempah ratus, 20 sampel didapati mengandungi plumbum. Malah satu sampel kosmetik untuk mata didapati mengandungi plumbum hampir 1,000 kali ganda melebihi paras yang dibenarkan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, bagi produk rempah, sembilan daripada 25 sampel didapati mengandungi plumbum melebihi paras yang dibenarkan dan terdapat satu sampel serbuk cili didapati mengandungi lebih daripada lapan kali ganda paras plumbum yang dibenarkan.

Selain itu, katanya lagi, bagi produk kosmetik pula, empat daripada lapan sampel yang diuji didapati mengandungi plumbum melebihi paras yang dibenarkan.

“Daripada jumlah itu, dua sampel kosmetik untuk mata didapati mengandungi paras plumbum yang sangat tinggi.

“Satu sampel mempunyai 196,996 bps dan satu lagi 125,688 bps plumbum. Garis Panduan bagi Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia hanya membenarkan 20 bps plumbum hadir dalam produk kosmetik,” katanya.

Mohideen menjelaskan, plumbum adalah toksik terkumpul yang menjejaskan pelbagai sistem tubuh dan amat berbahaya kepada kanak-kanak kecil dan wanita hamil. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI