fbpx

Menikah lagi, kali ini sebuah masjid jadi mahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARU habis idah, pelakon Irish Bella kini kembali bergelar isteri.

BERITA perkahwinan pelakon Irish Bella selepas beberapa bulan bercerai dengan aktor Ammar Zoni menjadi topik hangat di Indonesia.

Tidak hanya itu, mas kahwin yang diterimanya turut mencuri perhatian ramai.

Ini kerana dia menerima sebuah masjid sebagai mahar daripada teman hidup baharunya, Haldy Sabri.

Pasangan berkenaan disatukan dalam sebuah majlis tertutup di kediaman pengantin perempuan di Depok, Jawa Barat pada 19 Oktober lalu.

Berita pernikahan ibu kepada dua anak itu tular dalam media sosial apabila klip video pengantin lelaki menyebut masjid sebagai mahar.

Justeru, ramai menyifatkan Irish bertuah kerana menjadi suri hidup kepada usahawan kaya dari Aceh itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI