fbpx

Dewi Perssik kekasih baharu Mayor Teddy?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEWI PERSSIK

PERNAH dikaitkan dengan selebriti sensasi Celine Evangelista, kini pegawai kanan Presiden Indonesia Prabowo Subianto iaitu Mayor Teddy didakwa intim dengan penyanyi dangdut, Dewi Perssik.

Lelaki berusia 34 tahun itu dikatakan mengundang Dewi ke majlis sambutan Hari Ulang Tahun Tentara Nasional Indonesia(TNI) di Ciladong, Depok, baru-baru ini.

Susulan tular foto Dewi bersama Mayor Teddy, ramai percaya hubungan mereka bukan sekadar rakan atau peminat tetapi lebih daripada itu.

Lebih menguatkan lagi spekulasi itu apabila Dewi, 34, secara terbuka mengakui tidak kisah menjalin hubungan romantik dengan anggota tentera popular berkenaan.

Reaksi penyanyi itu sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya apakah status terkini hubungan Mayor Teddy dengan Celine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI