fbpx

Hujan meteor bukan punca dentuman kuat di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menafikan bunyi dentuman kuat serta gegaran yang berlaku di sekitar Ipoh dan kawasan berdekatan semalam, berpunca daripada Hujan Meteor Orionids.

Ketua Pengarah MYSA, Azlikamil Napiah berkata, kejadian yang didakwa berlaku sekitar pukul 11 pagi itu dipercayai tidak membabitkan fenomena angkasa melainkan lokasi sisa meteor itu jatuh berjaya ditemukan di permukaan bumi.

Malah katanya, sebarang pergerakan meteor bersaiz besar yang boleh memberi impak kepada bumi boleh dikesan sebelum ia memasuki atmosfera.

“Fenomena hujan meteor memang kerap berlaku tetapi kebiasaannya sisa komet tersebut hanya masuk melintasi atmosfera bumi tanpa menyebabkan sebarang gegaran dan bunyi.

“Bahkan, sisa komet itu juga akan hangus terbakar dan terurai di atmosfera sekali gus mengelak berlakunya sebarang hentaman,” katanya ketika mengulas dakwaan warga maya yang mendakwa kejadian yang mencemaskan penduduk itu berpunca daripada Hujan Meteor Orionids.

Berdasarkan kenyataan di lawan web rasmi MYSA, Hujan Meteor Orionids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Orion (Belantik) tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah.

Fenomena itu berlaku setiap tahun apabila bumi yang beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet 1P/Halley atau dikenali sebagai Komet Halley. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI