fbpx

EPL: Penjaga gol bakal buat Chelsea hampa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHEZ kerap melakukan kesilapan dan hilang fokus dalam situasi genting menyebabkan Chelsea sukar mencabar kejuaraan. - AFP

LONDON – Pengkritik bola sepak dan bekas pemain Liga Perdana Inggeris, Nigel Reo-Coker percaya Chelsea tidak mampu mencabar kejuaraan liga sekiranya mereka terus menggunakan khidmat Enzo Maresca.

Chelsea berdepan kekalahan kedua dalam saingan musim ini selepas tewas kepada Liverpool 1-2 di Anfield ahad lalu.

“Chelsea tidak akan memenangi EPL dengan khidmat Sanchez. Adakalanya saya terfikir bahawa dia mampu menjadi liabiliti untuk pasukan itu.

“Dia adalah penjaga gol yang baik, tetapi saya fikir dia juga melakukan banyak kesilapan dan kerap hilang fokus dalam keadaan yang genting.

“Salah satu lagi kelemahan Chelsea adalah mereka suka memulakan permainan dari bawah, namun akhirnya mereka berdepan tekanan. Pasukan lawan yang tersusun mampu menekan dan menyebabkan mereka dalam masalah.

“Pada saya, mereka perlu meningkatkan tahap permainan di kawasan gawang sebelum memikirkan peluang untuk mencabar kejuaraan liga,” katanya.

Reo-Coker juga berpendapat bahawa bahagian tengah Chelsea juga menjadi lebih baik dengan gandingan Moises Caicedo dan Romeo Lavis berbanding selepas kehadiran Enzo Fernandez yang masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Liverpool.

“Gandingan di bahagian tengah antara Lavia dan Caicedo begitu baik. Saya fikir ini adalah yang terbaik dipamerkan Chelsea setakat ini apabila mereka nampak seimbang dan kuat,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI