fbpx

Dewan Rakyat: Cadangan gabungan 3 bank masih dalam proses

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan penggabungan tiga buah bank masih dalam proses dan tumpuan terhadap perusahaan kecil dan sederhana tidak akan diketepikan.

Perdana Menteri itu berkata, tiga bank tersebut adalah Bank Pembangunan Malaysia Bhd, Exim Bank dan SME Bank.

“Itu antara syarat-syarat yang ditekankan oleh Bank Negara (BNM) yang memantau soal penggabungan walaupun terlalu awal untuk saya berikan komen.

“Tetapi syarat PMKS dan syarat pinjaman bumiputera itu tetap dijadikan satu ukuran dan dasar daripada penggabungan ini,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang ingin tahu mengenai keputusan penggabungan tiga bank tersebut.

Terdahulu, ketika pembentangan Belanjawan 2024, Anwar mengumumkan institusi kewangan pembangunan akan distruktur semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank dan Exim Bank.

Cadangan gabungan itu juga, dilihat akan membesarkan keupayaan pinjaman yang lebih besar kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI