fbpx

‘Kalau suka-suka tunjuk, mereka fikir saya janda gersang pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah menjaga privasinya demi menjaga nama baik dan anak-anak tersayang.

PETALING JAYA – Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana menolak untuk mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki ketika ini kerana bimbang sekiranya diberi julukan janda gatal.

Puteri Sarah, 39, berkata, dia tidak perlu membuat sebarang penjelasan tentang hubungan cinta dengan mana-mana lelaki kerana sedar akan diberikan pelbagai gelaran negatif disebabkan status ibu tunggal dipegangnya.

“Kalau saya kata ada hubungan, nanti orang akan tuduh sebagai janda gatal pula.

“Jadi adakah awak nak saya ini dilabel sebagai janda gatal dengan orang-orang di luar sana?

“Itu bukannya awak seorang peminat yang menjaga, tetapi lagi nak merosakkan saya,” katanya dalam sebuah video tular TikTok.

Sarah berkata demikian bagi menjawab respons segelintir peminatnya yang masih bertanya dan berharap sama ada dia dan pelakon Indonesia, Andi Arsyil bercinta.

Menerusi video sama, dia juga memegang prinsip untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadi kerana boleh menjejaskan imejnya sebagai pelakon dan juga seorang ibu.

“Saya perlu menjaga diri. Kalau suka-suka hati cakap atau tunjuk ada hubungan dengan seseorang, orang akan gelar saya janda gatal, gersang dan tak boleh hidup tanpa lelaki.

“Jadi, awak sebagai peminat, nak orang di luar sana gelar saya begitu?

“Cuba letak diri awak di tempat saya yang memiliki dua orang anak. Kalau mereka tuduh saya macam tu, nanti anak-anak juga kena,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular dakwaan dia menjalin hubungan istimewa dengan Andi selepas aktor itu menjadi rakan kongsi perniagaan produk penjagaan wajah dan tudung.

Namun, perkara tersebut dinafikan Sarah dan menegaskan hubungannya dengan Andi hanya sebagai rakan bisnes.

Sekadar info, Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah kini berusia lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI