fbpx

Warga emas didakwa tipu kawan pelaburan setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kee Guan (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pelaburan perniagaan makanan kesihatan yang tidak wujud 16 tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Ch’ng Kee Guan, 74, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.

Mengikut pertuduhan, Kee Guan, 74, didakwa telah menipu Chang Seng Kooi, 53, dengan memperdayakan beliau dalam urusan pembayaran balik wang pelaburan dengan menggunakan cek bank yang berstatus “Account Closed” berjumlah RM500,000 di Wisma Zelan, Cheras, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2008.

Perbuatan itu didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minima satu tahun dan maksima sepuluh tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak mencadangkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Bagaimanapun peguam Manjit Singh yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya menghidapi penyakit diabetis dan sakit jantung.

“Saya memohon jumlah jaminan minima diberikan kepada anak guam saya kerana pada dua minggu lalu, beliau jatuh tangga dan kini penglihatannya tidak jelas.

“Saya percaya, matlamat jaminan adalah untuk tertuduh hadir ke mahkamah dan hari ini, anaknya hadir ke mahkamah sebagai penjamin,” kata Manjit.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Hakim Hamidah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000.

Tarikh 27 November ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI