fbpx

ACL2: Selangor FC hilang khidmat Noor Al Rawabdeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Al Rawabdeh dijangka berehat lebih sembilan bulan selepas mengalami kecederaan ACL. - Foto ihsan Selangor FC

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC menerima tamparan hebat apabila perancang tengah, Noor Al Rawabdeh terlepas baki saingan musim ini apabila disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Sebagai rekod, pemain kebangsaan Jordan berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di kaki kanan ketika perlawanan Liga Super menentang PDRM FC, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Perubatan Sukan Selangor FC, Dr. Muhammad Hazwan Khair mengesahkan Al Rawabdeh mengalami ACL selepas keputusan ujian imbasan MRI dikeluarkan semalam.

“Penilaian awal pada aksi menentang PDRM FC sebelum ini, Al Rawabdeh dilihat mengalami kecederaan serius dan dikeluarkan daripada meneruskan permainan.

“Semalam, diagnosis disahkan melalui MRI bahawa dia mengalami ACL.

“Setakat ini, beliau akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan bakal mengambil masa sekurangnya sembilan bulan untuk kembali ke padang,” katanya.

Ketiadaan Al Rawabdeh memberi tamparan hebat buat pasukan kendalian Nidzam Jamil itu yang mengharungi minggu getir apabila menentang kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) esok.

Selepas ini, skuad Gergasi Merah akan bertemu pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium MB Petaling Jaya, Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI