fbpx

Bomba terima RM1.09 bilion, enam balai bakal dibina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming pada sidang akhbar Persidangan dan Pameran Kebombaan Antarabangsa Malaysia (IFCEM), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mula melaksanakan 70 projek dengan kos berjumlah RM1.09 bilion selepas mendapat kelulusan peruntukan pembangunan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sebanyak 22 projek baharu berjumlah RM391 juta akan dilaksanakan bersama 48 projek sambungan sebanyak RM701 juta.

Katanya, RM 66.8 juta juga diperuntukkan bagi pembinaan enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) baharu.

“Ia terdiri BBP Desa Petaling, Kuala Lumpur, BBP Bandar Enstek, Negeri Sembilan, BBP dan Kuarters Engkelili, Sarawak, BBP Dalat, Sarawak, BBP Sepanggar, Sabah serta BBP dan Kuarters Kota Kemuning, Selangor.

“Selain itu, kerajaan meluluskan sejumlah 250 unit kediaman kuarters berjumlah RM174.1 juta membabitkan 130 unit di BBP Kota Kemuning, Selangor dan 48 unit di Paya Terubong, Pulau Pinang serta 72 unit kuarters Labuan,” katanya.

Beliau berkata pada sidang akhbar Persidangan dan Pameran Kebombaan Antarabangsa Malaysia (IFCEM), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah beliau, isu kritikal bagi tujuan menggantikan kenderaan lama juga diberi perhatian dengan begitu baik apabila diluluskan perolehan 231 kenderaan baru dengan peruntukan berjumlah RM40 juta.

“Bagi isu penyelenggaraan kenderaan juga diberi peruntukan khusus berjumlah RM33.69 juta serta naik taraf balai bomba berusia lebih 50 tahun berjumlah RM31.7 juta,” katanya.

Menurut Kor Ming, peruntukan yang besar sebanyak RM1.09 bilion ini menunjukkan komitmen kerajaan menjadikan bomba pasukan penyelamat bertaraf dunia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI