fbpx

Lelaki tarik seluar wanita tengah tidur dalam hotel didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka. Foto MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menarik seluar seorang pelancong wanita dengan niat hendak mencabul kehormatannya, minggu lalu.

Tertuduh, Ridhwan Shah Abdullah, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah menarik seluar seorang wanita berusia 44 tahun dengan niat hendak mencabul kehormatannya.

Difahamkan, ketika kejadian pengadu bersama anak perempuan dan cucunya tidur dibilik berkenaan yang tidak dikunci bagi memudahkan suaminya yang menginap di bilik berasingan menggunakan tandas.

Ketika sedang tidur, tertuduh telah memasuki bilik berkenaan dan naik ke atas katil dalam keadaan bogel sebelum cuba melondehkan seluar pengadu.

Pengadu yang menyangka tertuduh adalah suaminya kemudian menolak badan tertuduh lalu menjerit menyebabkan anak perempuannya tersedar dan terus membuka lampu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan tarikh 5 Disember depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI