fbpx

Jual rumah kayu berlatar Gunung Jerai RM70,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar rumah yang dimuat naik di platform e-dagang.

PETALING JAYA – Sebuah rumah kayu tradisional dengan pemandangan indah Gunung Jerai kini dijual pada harga RM70,000 melalui sebuah platform e-dagang.

Menurut maklumat yang dilampirkan, rumah ini mempunyai keluasan 46.4 meter persegi, lengkap dengan beranda kecil dan pemandangan Gunung Jerai.

Terdapat dua bilik tidur dan ruang tamu yang luas menjadikannya sesuai untuk keluarga kecil yang menginginkan suasana kediaman yang klasik.

Rumah tersebut yang diperbuat daripada kayu sepenuhnya ternyata menarik perhatian kerana dipasarkan melalui platform dalam talian sekali gus memberikan peluang kepada pembeli untuk memiliki kediaman berkonsepkan warisan Melayu yang sukar ditemui.

Bagaimanapun, rumah ini masih belum mempunyai pembeli.

Keunikan penjualan rumah melalui platform ini membuktikan bahawa urus niaga melibatkan hartanah berskala kecil kini boleh dilakukan secara dalam talian.

Meskipun penggunaan teknologi e-dagang dalam penjualan rumah memudahkan, pembeli disarankan untuk mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan kesahihan tawaran dan keadaan sebenar rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI