fbpx

MCMC mula rundingan awam draf Kod Tatalaku bagi perkhidmatan media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memulakan rundingan awam mengenai draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan penyedia perkhidmatan media sosial (penyedia perkhidmatan).

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, rundingan awam ini susulan daripada pengenalan Kerangka Pelesenan untuk perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial yang diwartakan pada 1 Ogos lalu dan bakal berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

“Tujuan rundingan awam ini untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada penyedia perkhidmatan, orang awam, pemain industri, dan pihak berkepentingan yang relevan.

“Matlamat draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) adalah bertujuan mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat untuk rakyat Malaysia, terutamanya kepada kanak-kanak dan golongan rentan yang berisiko tinggi terdedah kepada kandungan memudaratkan,” katanya hari ini.

Oleh itu, draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) yang dicadangkan oleh MCMC menggariskan amalan terbaik untuk diterima pakai oleh penyedia perkhidmatan yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, MCMC amat menggalakkan penyertaan daripada penyedia perkhidmatan, orang awam, dan semua pihak berkepentingan yang berminat dalam proses rundingan awam yang akan bermula hari ini sehingga 5 November ini.

“Rundingan awam ini merupakan peluang untuk semua pihak menyumbang kepada dasar-dasar yang akan membentuk masa depan persekitaran dalam talian di Malaysia, memastikan bahawa ruang dalam talian kekal selamat, terjamin, serta kondusif untuk pertumbuhan dan inovasi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI