fbpx

Pelajar universiti didakwa raih simpati tipu NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraini (kiri) menunjukkan laporan polis terhadap pelajar universiti di IPD Kubang Pasu, Jitra pada semalam.

JITRA – Pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis setelah didakwa diperdaya seorang penuntut universiti bermodalkan simpati kononnya tidak dapat membayar yuran pengajian sebanyak RM5,000.

Menurut Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal, dia mula dihubungi pelajar lelaki itu kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin yang meminta bantuan kewangan dengan alasan perlu membayar yuran tertunggak kira-kira RM5,000.

“Dia beritahu bapanya seorang orang kelainan upaya (OKU), manakala ibunya yang merupakan peniaga kecil-kecilan kehabisan duit kerana adiknya juga baru masuk ke universiti.

“Kemudian dia menelefon saya dan menangis-nangis minta dibantu kerana kononnya akan dihalau dari asrama. Atas dasar simpati, saya memuat naik status di Facebook dengan turut memaparkan nombor akaunnya,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, tidak lama kemudian, seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghubunginya dan menyatakan pelajar itu pernah tular dalam kalangan masyarakat Cina suatu ketika dulu kerana menipu.

“Saya juga kemudiannya dihubungi oleh NGO dari Pulau Pinang yang mendakwa pernah ditipu pelajar terbabit serta seorang pegawai tenaga pengajar di universiti tersebut yang memaklumkan pelajar itu tidak perlu dibantu,” katanya.

Katanya, dalam tempoh sejam selepas status Facebook itu dimuat naik, pelajar berkenaan mengaku telah menerima wang sumbangan lebih RM1,700. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI