fbpx

Dewan Rakyat: Noktah kemiskinan tanpa diskriminasi kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang Dewan Rakyat hari ini. FOTO JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan kerajaan dalam menoktahkan miskin tegar dan membasmi kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum.

Beliau menjelasksn, masuatakat Melayu merupakan majoriti yang miskin, namun kategori termiskin dalam kalangan rakyat miskin itu adalah daripada kaum India.

“Sebagai contoh, bila kita selesaikan miskin tegar di Kuala Lumpur, kita tidak ikut kaum. Maknanya semua masyarakat miskin tegar Melayu, jumlah kecil masyarakat Cina, tapi besar dalam masyarakat India itu diselesaikan.

“Tidak benar dikatakan hanya untuk Melayu tapi tentunya majoriti ialah Melayu. Saya harap penjelasan ini jelas dan jika ada kenyataan sebaliknya, maklumkan pada saya.

“Siapa saja yang masuk golongan miskin tegar, asalkan warganegara wajib dibantu tanpa diskriminasi,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan S Kesavan (PN-Sungai Siput) yang ingin tahu bagaimana untuk menoktahkan kemiskinan semua kaum kerana walaupun majoriti paling miskin adalah daripada kaum Melayu, namun kategori termiskin dalam kalangan yang miskin adalah daripada kaum India. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI