fbpx

‘Moga Allah angkat musibah, permudahkan urusan kita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hana memanjatkan doa agar Tuhan mengangkat segala musibah yang menimpa keluarganya sempena ulang tahun kelahiran suaminya Da'i Syed Ahad lalu.

PETALING JAYA – Pengacara Hana Ismail menitipkan doa agar Allah mengangkat segala musibah yang menimpa keluarganya sempena ulang tahun kelahiran suaminya yang juga pendakwah selebriti, Da’i Syed.

Dalam masa sama, Hana atau nama lengkapnya Nurul Hana Ismail, 38, turut mendoakan mereka yang memberikan sokongan kepada mereka sepanjang berhadapan episod hitam sebelum ini.

“Selamat hari lahir baba Nour (Syed). Moga Allah angkat musibah kita, permudahkan urusan kita dan mereka yang membantu serta mendoakan kita,” katanya dalam Instagram.

Dalam hantaran tersebut, bekas pengacara PM Live! itu memuat naik gambar bersama suami yang memangku anak perempuan mereka, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian mendapati Syed tidak mengulang siar (repost) hantaran isterinya itu.

Sebelum ini, pemilik nama lengkap Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebutan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Selepas 21 hari dipenjarakan, Syed dilepaskan sementara daripada menjalani hukuman di Penjara Kajang oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dan menetapkan 5 November sebagai tarikh sebutan semula pengurusan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI