fbpx

Peniaga didakwa abai arnab peliharaan hingga mati kebuluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shairazi Jamal mengaku tidak bersalah mengabaikan arnab peliharaan hingga mati kebuluran di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

IPOH – Tindakan seorang peniaga mengabaikan arnab peliharaan hingga mati kebuluran membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Shairazi Jamal Hatun, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemilik dua ekor arnab telah didapati cuai untuk menyediakan makanan dan minuman bagi haiwan peliharaan tersebut sehingga menyebabkan seekor daripadanya mati manakala seekor lagi dalam keadaan terlalu kurus.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Petting Zoo Taman Herba Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kampung Kepayang di dalam daerah Ipoh pukul 11 pagi, 9 Jun tahun lalu.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Roziman Awang Tahrin memohon tarikh sebutan semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam oleh tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 28 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI