fbpx

Buruh tidak mengaku rogol anak perempuan rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN Muhamaad Sofie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan rakannya, Julai lalu.

IPOH – Seorang buruh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol anak perempuan rakannya yang berusia 14 tahun dalam kejadian di Teluk Intan, Julai lalu.

Tertuduh, Wan Muhamaad Sofie Wan Supian, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah melakukan rogol terhadap kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Teluk Intan dalam daerah Perak Tengah pukul 10 pagi, 2 Julai lalu.

Tertuduh yang merupakan anak sulung daripada enam beradik itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon dikenakan jaminan minimum atas alasan bekerja sebagai pengangkut baja dengan gaji harian RM50 selain perlu membantu keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai selain melapor diri di balai polis berhampiran setiap dua bulan sekali.

Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 25 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI