fbpx

Mangsa banjir di Perak, Selangor menurun kepada 465 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bilangan mangsa banjir di Perak dan Selangor mencatatkan penurunan daripada 661 kepada 465 orang setakat pukul 10.30 pagi, hari ini.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daripada jumlah tersebut, mangsa banjir di Perak direkodkan seramai 354 orang.

“Kesemua mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan tiga daerah iaitu Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian.

“Bagi Selangor, mangsa banjir menurun kepada 111 orang melibatkan 41 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa yang terjejas ditempatkan di dua PPS dekat Sabak Bernam dan Kuala Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI