fbpx

Suspek tikam lelaki Pakistan hingga mati diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan maut ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Jalan Dato Keramat, semalam.

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan identiti suspek lelaki tempatan yang dipercayai terlibat menikam seorang lelaki warga Pakistan sehingga mati dalam kejadian di Pulau Tikus, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa berusia 48 tahun telah dibawa oleh rakannya ke sebuah klinik swasta di Jalan Dato Keramat, untuk mendapatkan rawatan.

”Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan dan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan masih dijalankan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI