fbpx

‘Cukup kembalikan waktu duduk hotel pukul 2 petang hingga 12 tengah hari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Rata-rata orang ramai berpendapat tempoh menginap di hotel bermula pukul 2 petang hingga 12 tengah hari keesokkan harinya sudah cukup memuaskan hati pelanggan.

Kata mereka, jarak dua jam selepas pelanggan daftar keluar bilik adalah satu tempoh munasabah untuk pekerja mengemas sebelum pelanggan seterusnya menggunakan ruang menginap tersebut.

“Kalau cadangan menteri kata pihak hotel perlu beri pelanggan guna sekurang-kurangnya 23 jam sehari, nampak mustahil untuk bilik itu dikemaskan. Mungkin boleh, tapi tahap kekemasan tidak dapat capai 80 peratus dan ke atas.

“Bilik tak kemas, pelanggan juga tak selesa untuk gunakan. Jadinya kalau 22 jam pun sudah memadai. Secara purata, satu bilik hotel memerlukan tempoh kekemasan antara 30 hingga 45 minit. Maknanya dalam dua jam satu pekerja boleh kemas dua hingga tiga bilik,” kata Atiqah Alias.

“Biar realistik. Kalau ‘back to back’ tak sempat nak sediakan bilik. Serius,” kata Faizul Abas.

Sementara itu, pengguna Facebook, Razif Yunus berkata, kebanyakan hotel di negara seberang juga meletakkan tempoh menginap antara pukul 2 petang hingga 12 tengah hari iaitu selama 22 jam.

“Saya tak setuju 23 jam, tapi memadai 22 jam paling ideal. Mana-mana hotel seperti Singapura, Indonesia, Thailand, saya tengok kebanyakan 2 petang hingga 12 tengah hari.

“Tetapi kalau yang masuk pukul 4 petang, keluar 10 pagi memang sangat melampau. Bukan semua keluar serentak pukul 12 tengah hari, ada juga yang dah keluar awal pagi,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menggesa pengusaha hotel untuk menyelaraskan semula masa daftar masuk dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari.

Katanya, penginapan 23 jam sehari adalah perkara biasa di luar negara dan ia tidak menjejaskan soal kebersihan atau kualiti penginapan, malah pengguna juga berasakan wang dibelanjakan berbaloi dengan perkhidmatan diterima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI