fbpx

Penyeludupan ketum dijangka kembali rancak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hashim (tengah) menunjukkan rampasan daun ketum seberat satu tan yang dirampas APMM di perairan Perlis, semalam.

KUALA PERLIS – Kegiatan penyeludupan daun ketum dijangka kembali rancak selepas ura-ura pengharaman semula ketum dan ganja di Thailand pada tahun hadapan.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Hashim Mat Zain berkata, harga tumbuhan itu di pasaran gelap juga dijangka lebih tinggi apabila permintaan dari negara jiran meningkat.

“Anggaran harga pasaran bagi satu kilogram (kg) ketum pada masa ini antara RM30 hingga RM50 dan mungkin akan meningkat lebih tinggi jika arahan pengharaman tumbuhan dikuatkuasakan di Thailand.

“Ketika Thailand mengumumkan penjualan ketum ‘dihalalkan’ beberapa tahun lalu, harga barang terlarang itu merudum sehingga RM8 sekilogram dan hampir tiada penyeludup ketum ditahan di perairan Perlis dalam kuantiti yang banyak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Untuk rekod, aktiviti penyeludupan ketum melalui jalan laut kali terakhir yang berjaya dikesan APMM adalah pada tahun 2022 dengan jumlah rampasan tahunan sebanyak 8.3 tan bernilai RM1.8 juta.

Sementara itu, Mohd. Hashim berkata, pihaknya berjaya memintas sebuah bot yang dalam cubaan menyeludup keluar satu tan daun ketum di perairan Perlis, di sini semalam. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI