fbpx

Hunus pisau pada pegawai kerana amaran ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penjaja ditahan kerana menghunus pisau kepada anggota majlis perbandaran, - Foto The Pattaya News

BANGKOK  –  Seorang penjaja di Pattaya menghunus sebilah pisau dan cuba menyerang anggota majlis perbandaran selepas dia diberi amaran tentang larangan penjualan arak dan jus ketum di pantai, lapor portal berita The Pattaya News.

Insiden itu berlaku sekitar pukul 12.36 pagi (waktu tempatan) semalam.

Anggota majlis perbandaran itu, Chalermphon Aekkanee, 43, memberitahu wartawan The Pattaya News bahawa dia dikejar dan diugut oleh seorang penjaja lelaki dengan pisau.

Penjaja itu berbuat demikian selepas dia diberi amaran bahawa adalah haram menjual arak dan jus ketum kepada pengunjung pantai.

Chalermphon kemudian melaporkan serangan itu kepada polis.

Suspek kemudiannya ditahan dan berdepan tindakan undang-undang. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI