fbpx

Kempunan dapat wang judi RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMARASAN (dua dari kanan) menunjukkan rampasan wang tunai dan daun terup pada sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri, Johor hari ini.- Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seramai 19 warga asing termasuk 10 wanita bukan sahaja gagal dalam pertaruhan bagi merebut wang lebih RM50,000, malah ditahan polis dalam serbuan Op Dadu di Taman Nusa Bestari, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kesemua yang ditahan dalam serbuan pada 3 pagi itu berusia 24 hingga 55 tahun.

Katanya, kumpulan tersebut baru seminggu terjebak kegiatan judi di kawasan rumah kedai dua tingkat bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

“Polis Bahagian Siasatan Jenayah membuat serbuan ke atas rumah kedai di tingkat dua yang menjalankan kegiatan judi ‘black jack’.

“Semasa serbuan dilakukan, seorang suspek cuba lari melalui tingkap belakang premis dan mengalami kecederaan retak di bahagian buku lali kaki kiri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini.

Dalam serbuan itu, polis merampas 52 keping kad daun terup, tiga kotak daun terup dan wang RM52,808 dipercayai wang pertaruhan.

Kumarasan berkata, suspek yang cedera dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk rawatan. Turut ditahan ialah pasangan kekasih yang merupakan penganjur judi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI