fbpx

Dewan Rakyat: Siapa sebenarnya golongan ‘maha kaya’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah pada sesi perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini. FOTO JAPEM

KUALA LUMPUR – Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta kerajaan untuk menjelaskan secara terperinci mengenai golongan ‘mahakaya’ yang terdapat di negara ini.

Hamzah membangkitkan perkara itu susulan pengumuman penyasaran subsidi petrol RON95 yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025.

“Penyasaran subsidi RON95 hanya melibatkan 15 peratus golongan mahakaya. Siapa mahakaya ini, kita nak dengar daripada Yang Amat Berhormat Tambun (Anwar).

“Siapa sebenarnya yang terkaya dalam negara ini yang digelar mahakaya,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, beliau bagaimanapun dimaklumkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bahawa perkara itu belum dimuktamadkan dan sedang diperhalusi.

“Kalau ini belum dimuktamadkan dan perhalusi, saya risau banyak lagi masalah masalah seperti saya sebutkan tadi akan menjadi masalah yang lebih besar,” jelasnya.

Sebelum itu, Hamzah penyasaran minyak hanya akan memberi kesan kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40.

“Tapi (Anwar) kata, 85 peratus rakyat tidak terkesan dengan penyasaran subsidi petrol. Nada samalah yang kerajaan sebut ketika penyasaran subsidi diesel dibuat tetapi realiti sebenar, yang menjadi mangsa adalah rakyat.

“Saya nak bagi satu contoh saudara Syukor Hitam di Pendang, Kedah. Dia usahakan 20 relung sawah padi dan setiap relung perlu dibajak tiga kali.

“Kos bajak dan kos menuai sekarang naik hingga 50 peratus kerana jentera bajak tidak termasuk di bawah Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) menyebabkan Syukor terpaksa tanggung kenaikan kos sehingga RM8,000 walaupun menerima Budi Agri-komoditi sebanyak RM200 sebulan,” jelasnya.

Tambah Hamzah, meskipun Perdana Menteri menganggap subsidi itu sama seperti sedekah, namun beliau menyifatkan bahawa perkara terbabit merupakan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

Terdahulu, dalam Belanjawan 2025, kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada Jun tahun depan, dengan anggaran sekitar RM12 bilion untuk 85 peratus rakyat Malaysia.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI