fbpx

Penduduk protes buang sampah atas kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta Toyota Vios ditimbuni sampah akibat menghalang tempat pembuangan sampah.

PETALING JAYA – Penduduk di sebuah kawasan perumahan bertindak membuang sampah di atas sebuah kereta yang diparkir di tempat pembuangan sampah sebagai protes terhadap pemiliknya yang menghalang laluan.

Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi X, beberapa bungkus sampah diletakkan di atas cermin hadapan kereta jenis Toyota Vios itu serta satu tilam lama dibuang di atas cermin belakang.

Bukan itu sahaja, kereta itu turut dihimpit dengan dua tong sampah di bahagian depan dan satu tong sampah di bahagian belakang.

“Akibat parking di depan pondok kutipan sampah dan menghalang lori sampah mengutip sampah maka bertimbunlah sampah atas kereta,” tulis pemilik hantaran di ruangan kapsyen.

Sementara itu, pengguna media sosial berpendapat tindakan itu merupakan satu cara untuk mengajar individu tersebut untuk tidak lagi menghalang tempat pembuangan sampah.

“Cara mengajar yang berkesan, pemilik akan ingat sampai bila-bila nak parking situ lagi ke tak,” kata Zahar.

“Tempat tu memang untuk buang sampah, mungkin orang ingat kereta tu pun nak dibuang juga,” ujar Elite. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI