fbpx

Dia ratu! Tyra Banks buat ‘comeback’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYRA BANKS

PERTUNJUKAN fesyen jenama Victoria’s Secret kembali semula menerusi edisi 2024 selepas enam tahun vakum daripada sebarang penganjuran.

Merancakkan semula industri fesyen dunia, jenama yang terkenal dengan ‘sayap dewa’ menampilkan tiga bintang terkenal di atas pentas iaitu Lisa Blackpink, Tyla dan Cher.

Selain artis membuat persembahan, kemunculan barisan model popular antaranya Alessandra Ambrosia, Imaan Hammam, Candice Swanepoel, Gigi Hadid dan Bella Hadid mencuri tumpuan dalam acara yang berlangsung minggu lalu.

Beberapa wajah baharu seperti Paloma Elsesser dan Devyn Garcia turut tampil di atas pentas peragaan.

Paling mengejutkan apabila model terkenal Tyra Banks yang muncul pada acara penutup pertunjukan.

“Dia memang seorang ratu dan sangat bergaya. Banks sebelum ini memang sinonim dengan jenama itu.

“Kerinduan kami sudah terubat apabila melihat mereka berjalan di atas pentas setelah sekian lama,” kata peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI